Wednesday, March 2, 2016

WARUNG MASAK LEMAK CILI API SALAI @KAJANG

Last few weeks, kami melawat colleague Amet yg terkena jangkitan buah pinggang & batu karang di Hospital Salam Senawang. Zaman sekarang ni, young adults that apparently healthy, yang tu lah yg kita tak sangka-sangka jatuh sakit. Contoh sebelum ni, Pak Yus pelawak terkenal tanah air yang kuat bersukan dan tiba2 sesak nafas.... Banyak dah kes kan. Takut tu ada, tapi bagi saya sendiri mmg belum cukup kuat nak kawal nafsu makan dan menjalani aktiviti hidup sihat :(

Oleh itu, on the way balik, kami pun singgah la jalan-jalan cari makan kat Warung Masak Lemak Wak Masdar ni hehhehe...

LOKASI
Selepas exit tol Kajang, ambik jalan terus straight, jgn belok walau sedikit pun (naik fly over ke arah Bangi).

Selepas traffic light, terus lagi. Nampak kilang Sate Hj. Samuri sebelah kiri anda, terus lagi, nampak Petronas sebelah kiri. Terus sikiiitttt je lagi, dah nmpak gerai2 warung2 banyak2 tepi jalan sebelah kiri jalanraya tu.

Haaa okeh, dah boleh parking lah :)


 Cari banner nih okeh. 

Ok, menu yang ada kat sini : Sila rujuk banner di atas hahahhaha...

Tuudiaaa...yg ayah senyum kernyis dapat makan keli salai. Yang kakak pulak sampai sinsing lengan baju punya pulun daging salai. Yang penting kuah masak lomak cili api tu mmg betui2 berapi!

Haaa nampak cili dia...banyak gila etak dalam satu mangkuk tu..
Oh lagi satu, konsep dia- prepared by order. Means freshly masak tau. Tu yg lagi best sbb santan tu rasa fresh lagi.

Tempat yg selesa, bawah pokok. Kat belakang tu kebun tuan kedai tanam pokok2 cili padi, pokok kunyit, serai dan mcm2 lagi. Syiok habis makan kat sebelah kebun.

Nini si domey2 berjalan ja sana sini. Siap pi petik dah sehelai daun kat kebun wak tu.. opssss!

Saya pilih Itik Salai. Sedap! Kuah masak lemak dia mmg betul2 pekat, power, secukup rasa. Nih kalau dekat mau hari-hari dah pi tapau nih hahahhaa....

Sekian. Selamat berJJCM :)