Friday, March 10, 2017

LEGOLAND - OUR SECOND TRIP

Cuti CNY 2017 kami pilih untuk ke Johor Bharu. Atas permintaan Nana, yang setiap hari asyik 'berzikir' nama Legoland sampai ibu n ayah dah stress. Hahahaha. Bijak betul marketing budak-budak ni.

Seminggu sebelum ke sana, saya sempat mencari tempat penginapan. Fikir punya fikir, kami ni dah tergolong dalam big family. Kalau ambik hotel kena cari yg betul2 besar atau kena ambik 2 bilik. So saya decide utk cuba tinggal di homestay pulak kali ni.

Alhamdulillah, saya terjumpa dengan Homestay Pizah de' Ron di Scott Tower JB. Bila sampai, kami disambut Kak Pizah dan suaminya, sngat2 baik orangnya. Mesra dan ramah. Homestaynya? Masya Allahhh.... sangat-sangat hebat! Cantik, bersih, cukup lengkap semuanya. Ada dapur memasak, peti ais, mesin basuh, meja makan, katil besar & kecil, sofa, tv. Siap sekali dgn beberapa biji pelampung khas utk anak2 yg nak mandi kolam. Whoooaaaaaa... kami sangat kagum! Rate pulak sangat berpatutan iaitu hanya RM200/semalam sahaja. Kalau dibanding dgn hotel pada rate yg sama, kami sudah dapat terlalu lebih dari itu.

Saya sangat recommend homestay Pizah de'Ron ini utk kawan2 tau... :)


Kami sampai di JB hari Sabtu, dan ke Legoland pada hari Ahad. Alhmadulillah orang agak ramai tapi tidaklah terlalu sesak. Boleh lah, agak selesa utk anak-anak bermandi manda dan ibu berenang ria hahahaha.

Oh, kali ni kami hanya masuk ke Waterpark sahaja sebab tau sajalah semua anak ibu ni mmg hantu air. Lagipun dulu dah masuk ke Theme park. So kali ni depa cakap nak main air dari pagi sampai petang. Aduhaiii...ikut sajalah...

Haaa sebelum tu, tak lupa singgah food court balai bomba makan roti kacang pool dulu...


Dah sampai selfie dulu sedasss
Lepas tu...Hah apa lagi, mandi laaa..hahahaha



Pulun jangan tak pulun


All of us in lazy river :)

Jumpa superboy. Tangkap dia!

Nini selfie sendiri je... ni masa tengah tengok movie lego kat 'pantai'

Okay dah petang. Jom balik. Lovey dovey in action :P

Esoknya hari Isnin, bangun tidoq pagi2 ibu & ayah pi tapau Murtabak Cheese buat breakfast. Oh yg bestnya, homestay ni sebelah je dengan foodcourt Cenderawasih which is di situlah tempat makanan sedap2 berkumpul. Haaaaa best kan?

Anak2 pulak lepas brekafast request nak mandi kolam lagi. Bestnya lah homestay ni kolam tak pernah tutup. Siang malam nak mandi pun tak kisah. But itscall at ur own risk la na...
Hmmmmmmmmmmm....

Nana & Nini mandi pool sampai ketaq!

Pool besar, rumah baru, luas dan bersih. Betul2 recommended utk sesiapa yg nak pi JB.

Isnin, kami bertolak balik. Sebelum tu tapau Murtabak Cheese frozen 6 bijik, bahulu sedap gila 2 bekas (100 bijik). Adoiii tak sempat sampai rumah dah habis satu bekas bahulu tu. Mmg sedap sangat! Ada siapa dok JB? Nak kirim tlong pos boleh? Hehehehe

Okeh sekian. Bye.