Saturday, July 30, 2011

SHIRA MALL

Okay, weekend ini kita cuba mengubah selera pulak. Balik-balik Dhahran Mall, Rasheed Mall, Amwaj, Ikea, ulang alik hok tu jek. Pada hal banyak lagi mall-mall lain tapi tak pandang sebelah mata pun.

Itupun asalnya, singgah Dhahran Mall gak dulu. Lepas jalan sebuah dua kedai rasa boring pulak. Then pegi beli groceries sikit utk top-up stock kt kedai Siam. Dari Khobar, patah balik ke Dammam sebab ada orang suggest nak makan Paragon (lagi). Hehehe.... makbul jugak doa ku... hehehehe... ni dah masuk 3 minggu berturut-turut makan Paragon hahahaha...

Lepas makan Paragon tu, teruskan niat singgah kat Shira Mall yg kebetulan ternampak masa on the way nak gi makan tadi. Actually bila tengok2 balik dlm GPS, Shira Mall ni pun dah lama I simpan as favourite, tapi entah kenapa tak pernah nak singgah.

Besar jugak mall ni. Best jugak sbb orang tak terlalu padat mcm Rasheed n Dhahran. Rasa leisure sikit.

And kat sini ada sedikit difference apabila ada tempat for ice-skating! Agak interesting jugak lah sebab so far tak banyak tempat lain yg ada benda ni. Alaa...mcm KL jugak la, dlm banyak2 mall, just Sunway jek yg ada ice-skate kan? Ke tempat lain dah ada?

Kakak sedang merajuk sbb tak bleh skate. Adik mcm biasa - hati kering - ade haku kesah? Hehehe...

Gambar agak blur sebab diambil menggunakan Blackberry encik Amet.

Ehem-ehem... cuba lihat perbezaan foto apabila diambil dgn Galaxy S cik Yue. Sangat kemas dan tajam bukan? Hua hua hua...

Okay lepas bagi dua budak kecik main gajah & lion yang bergerak jalan2 round mall tu (apa benda nama benda ni eh? Alaa.. yg mcm kat OU, The Curve, Ikano tu..), kami round2 dalam mall jap. Since masa singgah tadi dh pun pukul 9.45 malam, so tak la dapat pusing habis. Baru round dalam 1/4 mall je kot.

Oh yg best, tersangkut dalam satu kedai Jepun nama dia Daiso. Sangat-sangat-sangat la cute kedai ni macam2 barang yg cute-cute jugak dia jual. Lama jugak la dok melekat kat situ. Mengasyikkan betul tengok barang2 dia. I ada beli satu benda yg cute (brg dapur le apa lagi), nanti bila dh guna I tayang kt sini ek.

Ok lah, bagi sesiapa yg tak pernah try dan nak try bleh lah cuba ke Shira Mall. GPS co-ordinate ialah 26°25'39"N 50°5'49"E :)


Oh ini saje nk ambik gambar pencuci mulut Paragon. Biasanya Indian restaurant mmg bagi jintan manis + gula as dessert kan. Tapi yg ni special sikit sbb dia tambah "beras bakar".

Thursday, July 28, 2011

DESERTED HOUSEWIFE

Instead of Desperate Housewife :)

Ha saje tak ada title apa nk letak. Hentam saja lah.... Well, it has been another sleepless night for me. Entahlah, I pun taktau why lah mata ni susah sgt nak tido dlm minggu ni. Nak kata tido siang pun tak jugak sbb I mmg problem kalau tido siang, bangun tu mesti nak muntah. Hahaha apa punya spesies daa...

Ooo maybe mata tengah prektis utk bangun sahur kot?

Or maybe I byk pikir problem2 supermega punya.... Hmmm I ni mmg lah kalau tulis blog kan mmg huu-haa-huu-haa here n there gelak hehehe, hua hua hua memanjang kan. Tapi masalah tu tetap ada.... masalah berat umpama membawa gunung atas kepala pun ada... Tapi I taknak la buat muka sedih kt sini, nanti habis menangis semua readers I.. kalau kena yg curi2 tulang baca blog I kt opis lagi kesian, mesti cair habis mekap kan.... Itulah as saying goes "Berat di dada, pedih di hati, pening di kepala, siapa yg tahu." Eh, tak pernah dengar eh? Hehehehe....

Oklah, it's the show-off time... (riak giler)...


Haaa...see...lawa tak kepok lekor I kali nih. Memang betul rupa kepok kan kali ni kan? Boleh bawak lawan dgn kepok Losong kan?

Alkisahnya ada lah sorang kawan kt Jubail ni namanya Ila, dia menjual kepok lekor. I yg tak berisi tapi sentiasa mengidam ni teramat sgt lah teringinnya nk makan kepok. Masalahnya kat sini mcm biasalah...transport problem. Dia yg menjual xleh hantar, I yg nk makan xleh gi ambik. Kebetulan minggu ni encik Amet balik lewat memanjang.... alamatnya separuh bengkak jugak la tangan I menguli sendiri kepok ni... Nak makan punya pasal. Uli jangan tak uli!

Hasilnya Alhamdulillah.... ada la rupa n rasa kepok. I rasa mcm terlebih masin sikit. Tapi I tengok Amet n anak-anak makan mcm tak nampak tukang masak dah...

Haa yg ni pulak satu benda yg lupa nak masuk tayangan perdana dgn kawan2 dia hari tu. Beli kt Lulu. Nama glemer kt kampung I ialah Putu Mayam. Yang ni senang, balik kukus/microwave jek n boleh terus mkn dgn gula merah + nyoq (grated coconut). Teringat pakcik India (ane) yg dok juai naik moto ada tong aluminium dgn tulisan "PUTU MAYAM" dgn cat kaler merah (standard kt mana2 pun kan).

Hmmm...sekianlah. Dah Subuh. Nak solat n masak nasik himpit pulak for breakfast esok :D

Tuesday, July 26, 2011

KEHILANGAN

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."



We were having our dinner last night when Zuzu came and told us "Alamak gelang kakak takde la!!" Our talk and laugh stopped immediately.

We have tried our best to find it. Now it's the time to leave it to Allah. He's the one who pour us with the rezeki. And He might take it back whenever He wants. We should take it as a reminder to muhasabah ourselves...

I still cari n cari, until Zuzu said "Ibu, kakak tengok muka ibu dah penat dah. Ibu tak payah cari dah, biar kakak je cari. Lagipun tu gelang kakak." Oh dear.... you sounds so caring... It melts (half of) my worries away....


Baked Sandwich baked in the middle of sleepless night...


If still tak jumpa, we should just be redha to let it go... that will make thing less painful, isn't it?


** Munching & Searching**

ALWAYS A PULUT LOVER

Subhanallah... Maha Suci Allah yg telah menjadikan pelbagai jenis beras di atas muka bumi ini...

And one of our favourite in the house is glutinous rice/sticky rice or pulut.

Being a puteri keturunan siam (my Tok Wan was a pelarian from Thailand masa ada perang apa ntah dulu2 and he managed to curi a land in Tanah Melayu....sorry!), pulut is a very common dish in my kitchen. If not once a week, at least once a month mesti ada masak pulut.

Macam minggu ni, dah 3 kali I masak masakan berpulut. I'm not sure but many people say that makan pulut can make your skin brighter and radiant. But for me, lepas makan pulut, all I can feel is only sleepy! Hehehe....

Okeh, jom terjah tengok apa yg ada (eh sebenarnya dah x ada, dah selamat ditelan....)

Hmmm..... ni yg paling marvelous dan paling diminati oleh encik Amet. kalau balik kampung pun, mesti nak kena cari pulut ayam ni. biasanya ia dimakan as a breakfast (ni pun I buat as b/f few days ago). tapi skrg ni zaman dah berubah...at anytime pun boleh dapat. I bg resepi utk ayam dia ye...(pulut masak mcm biasa - nak kukus boleh, nak tanak pun boleh)

AYAM PULUT AYAM :)
Bahan-bahan :)

Ayam
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Serbuk cili (xde pun xpe)
Bawang putih (ditumbuk halus)
Bawang besar (dihiris)
Tepung jagung

Cara-cara :
1. Ayam dibersihkan. Gaul dgn garam+kunyit+kari+cili+bwg putih. Perap 1-2 jam.
2. Goreng bawang besar dalam minyak banyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
3. Selepas diperap, gaul ayam dgn tepung jagung (masa dh hampir nk goreng)
4. Goreng dalam minyak bawang tadi.
5. Siap. Serve with pulut + sos cili thai + bawang goreng.


Kat sebelah pinggan tu Ketua Hantu Pulut.


Haa yg ni I paling ingat nama Siam dia - Khao Niao Ma Muang (Khao Niao = pulut, Ma Muang = mango). sebab selalu kalau nk beli mempelam/mango kt Padang Besar atau Kuala Perlis, ramai makcik2 siam tu dok jerit "Pelam..pelam.... Ma muang...ma muang" Hehehehe....

Biasanya Pulut Mangga ni served with kuah santan yg lemak berkrim...yummyyy!!! And biasanya jugak it is served as dessert, and ia sgt banyak available kat Perlis negeriku tercinta dan mana2 tempat kt Thailand.

Biasanya lagi, ia dimakan dgn mempelam "Nam Dok Mai"(teringat pada Tok Limah yg akan tibai tangan anak cucu cicit dia yg suka2 memegang pokok nam dok mai dia ni hehhehe). Tapi I kat sini makan dgn Pakistan Mango! Asal ada rupa mempelam....boleh la....

Oh, you may try this pulut with durian as well... hmmm aroiii!!!!

Ketupat Sotong

Ttupat sutun

Yang ini mmg seumur hidup I tak pernah buat. Ada sekali dulu beberpa tahun yg lalu I try kt jamuan mana ntah, tp tawar jek rasa dia. So mulai saat itu terus I pangkah menu ni.

tetiba suatu hari arakian tersebut lah kisah Kak Nik yg sangat rajin menayangkan gambar ketupat sotongnya yg sungguh mengiurkan. kebetulan hari tu tengah ganti puasa. terus google resepi. rupa-rupanya ada 2 jenis ketupat sotong ni. ada versi Terengganu & versi Kelantan.

yang I buat ni versi Terengganu sbb tengok yg ni tak pakai gula (yg Kelantan letak gula merah I xde). Oh rupa-rupanya sedap jugak. mesti yg I makan kt jamuan dulu tu org tu terlupa garam kot :) Oh, ini jugak ialah feveret Tok Ayah (my FIL).

Sekian...sapa2 yg banyak beras pulut since raya last year tu boleh la main masak-masak macam ni :D

** Ada satu lagi feveret org thai ni makan pulut...... Pulut dgn fried frog! Ouuchhhh... (Eh, yg ni jgn cuba tau!!!)

Sunday, July 24, 2011

YUMMY TUMMY

Ramadhan Kareem is coming soon, so I shall be well prepared from now. Dont forget your puasa ganti ye kawan-kawan... *ehem-ehem... I tengah ganti tinggal 1 hari je lagi ni -__-

Oh, by the way, preparation to meet Ramadhan is not just with ganti puasa, tetapi termasuklah disertai dengan niat-niat yg suci murni seperti :

1. Tahun ni nak puasa penuh (ni masa zaman kanak2 sekolah rendah dulu boleh la kot hehehe),
2. Tahun ni tak nak miss solat terawikh kerana tertidur kekenyangan selepas bebuka dgn lahapnya
3. Tahun ni akan lebih banyak buat ibadah sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, bertahajud etc.
4. Tahun ni bercita2 utk bertemu Lailatul Qadar (Amin...)
5. Semoga Ramadhan tahun ini brings more positive improvements in ourselves (Amin...)

And of course for us yang berada nun di tengah padang pasir berdegung tanpa tanda-tanda akan menemui Pasar Ramadhan ni, sudah pastinya preparation termasuklah memenuhkan dapur dengan segala jenis barang masakan yang mengiurkan. (Baru je tadi bercita2 taknak bukak puasa dgn tamak kan...)

Ok, mari kita tengok apa barang-barang menarik yang telah disumbatkan dalam almari dapur untuk bersahur n berbukak seminggu dari sekarang!


Dalam banyak2 benda, kordial Vimto ni merupakan pemegang ranking paling teratas sekali apabila tibanya Ramadhan di sini. Rasa Vimto ni hampir sama dgn Ribena, tetapi lebih sedap taktau nak cakap. Manis masam lemak-lemak berkrim sikit, perfect. Tengok pada labelnya, manufactured kat Dammam, KSA. Hmmm... the only saudi product yg I boleh puji sedap kot :)


Yang ni pulak Creme Caramel bagi orang malas macam I ni. Senang jek pakai ni sbb karamelnya dah siap, tinggal tuang dlm acuan jek. Krim dia pulak just tambah fresh milk n cook for 2 minutes, and taadaa....ready to serve. Ni pun mcm Vimto gak, bila Ramadhan menjelma dia ni lah makhluk paling banyak boleh nampak kat kedai2/supermarket. (Sebenarya beli hari tu 6 paket, tak sempat masuk Ramadhan dah tingal 2 paket!)


Haa makcik badek jagung ni sebenarnya available at any time. Tak payah tunggu Ramadhan pun. Saja je I nk tunjuk nasib I yg hanya dapat mkn anak jagung dalam tin jek :(


Ni pun bukan untuk masakan bulan puasa kot (kecuali kalau ada yg tak puasa!). Beli ni kt Lulu weekend lepas. Balik cicah dgn Kuah Rojak Mak Bee. Tak sangka encik Amet pun join sekaki. Biasanya dia ni kalau I suruh makan buah-buahan macam I nk bagi makan racun. Jenuh ligan!
Tak ingat dah harga sekilo berapa. Tapi adalah dalam 10 bijik I ambik, harganya dalam SR5 gitu. Alaa..takkan x kenal ini buah apa? Ini namanya Amra, org utagha panggil buah mera :)


Buah Salak buat lepas geram. Harga sekilo SR26! Adoiii....beli la 10 bijik, harga seperti si atas, SR6.90 huhuhu...

Buah Mata Kucing a.k.a Longan - harganya ialah SR20 sekilo. Sebanyak yg kami beli tu ialah SR13++. Si Yaya n Zuzu punyalah suka sangat dgn buah ni. So kesian my kids, balik-balik makan epal, oren, pear, grapes. Sekali sekala jumpa buah-buahan tempatan kita, rasa nak nangis tengok depa makan huwaaaa!!!!!

Actually tujuan gi Lulu weekend lepas selain nk beli stock bulan puasa, mmg plan nak beli segala macam jenis buah-buahan. Teringin nak beli durian, tapi cancel sebab lepas Lulu ada plan nak singgah Rasheed Mall pulak...

Eh, asal nak cerita makanan bulan puasa kat sini, tetiba melalut ke buah-buahan la pulak. It's just a sign of aging, isn't it???

Thursday, July 21, 2011

ME THE COUCH POTATO

Happy Thursday everybody!

It is another thursday coming in and I still havent write about the last wonderful thursday. I really wanted to, I swear, but I just dont know why I've been very the "mengelat" to update blog these few days. No reason. Just malas nak bukak laptop and menulis. Even bukak fb pun just to check on notifications and private messages.

With all the exciting dramas and movies, I am now a totally rotten couch potato! OMG!!!

1. Bangun pagi
2. Download drama for few episodes.
3. While waiting for d/load to complete, buat keja rumah/masak.
4. Siap basuh baju, masak, makan. Download completed.
5. Watching ----------------- and watching --------------- and watching.



Errrr............ memang semua surirumah rutin dia macam ni kan??? Kan ??? Kan???

Pleasee!!!! Please say YES!!!



** Cerita Annisa tu best gila, cerita Makbul pun best. Cerita Stanza Cinta mula2 x berapa best tapi lama2 bila Aaron Aziz buat muka comei dia, jadi mcm best la pulak. Hehehe.... **

Eh ada P.S. lagi satu : Cerita Tahajjud Cinta tu mengarut gila. Meluat dan menyampah. Kawan2 semua jangan tengok. Kita boikot.

Ok lah sekian.

Monday, July 18, 2011

FUN FRIDAY

Halllooowwwwww!!!! Anybody waiting for my updates???? Hahahhahaha.... *always be a perasan one*

Hmmm..actually kisah pengembaraan Tantalizing Thursday tu belum habis pun lagi. Tapi I rasa nk skip to Friday dulu lah. Nanti later-later when I got semangat, I sambung yg cerita Thursday balik. Apa-apalah labu... ade orang lain nak kesah? Orang baca pun tak.... hua hua hua *syok sendiri*

So, Friday started with no breakfast, nor brunch. I biar semua orang kebuluran. Since everybody (when I say everybody, it always be except me) only bukak mata when the first azan for Friday prayer, so dont gatal2 request for breakfast.

When Amet came back from masjid, the first thing that he requested was " Ibu, cepat!!! Tolong pasang Annisa episod 19 hingga 21. Kita marathon!!!"

Yeeahhhh!!! He is. My husband.

So makan nasik ialah pada pukul 2.30 petang -___-

After solat Asar ialah aktiviti utk kanak-kanak. Oh sebenarnya ialah utk ayah mereka yg ingin bergaya dgn sunny baru juga.

Mula-mula plan nak jalan2 tepi pantai, tapi mcm malas kena panas pantai yg membakar. So plan nak gi tengok unta tp mcm tak betul2 plan. Tetiba, found ourselves kat ladang kuda. Belum I sempat bukak pintu kereta, dua budak kecik tu dah ada di atas kuda.....


Adik proudly riding a horse...

Kakak, with her own style... always a beauty wannabe like ibu :)

Oh, sesapa nak riding horse ni just SR5 for one round. Just for kids ye!

Eh, tapi tahu tak, I nih memang dah lama ada minat nak belajar menunggang kuda. Dah banyak kali cakap kt Amet to hadiahkan I seekor kuda , tapi dia always ingat I buat lawak sob sob... (Ye, I tak mintak hadiah handbag, I mintak kuda!!!)

Menunggang kuda is one of the sunnah, plus it has lots of benefits for your health especially for your bones, which you cant find in any other sports. Very interesting!!! Nak tahu? Sila google sendiri :)

After that, we headed to the Fanateer beach. Tapi bila ternampak boat, tetiba encik Amet offer for boat riding pulak. Ada macam2 package. Yang sebuah boat SR200 (bleh muat dalam 5-6 org), or naik boat besar sikit ramai-ramai for only SR2o per person (of course kami pilih yang ni).

Hmmm... best jugak. Cuma yg kurang best bila sekumpulan budak-budak muda arab dok mai bertenggek kt belakang I dan bercakap KUAT GILE and NON STOP. Sangat menganggu ketenteraman awam. Then cuba hendak mengambil gambar kami. Sangat benci dgn perangai mereka yg tidak tahu kenal makna "MENGHORMATI' nih.

Zuzu & Yaya pun dah menyampah taknak tengok dalam bot yg dipenuhi arab tak senonoh tu, better tengok air laut (sambil berangan nak terjun mandi la tu...)

Sekian.

Friday, July 15, 2011

TANTALIZING THURSDAY

[Aduhhhh... dah panjang lebar taip cerita best tadi. Tetiba laptop padam, banyak part yg tak autosaved. Ggggrrrrrrrrr....geramnyaaa!!!! Hmmm xpelah, u all bacalah dulu apa2 yg sempat I save kan ek. nanti I buat entry lain utk cerita2 yg dah terpadam tu. Hai cik lappy, kalau nk padam pun, bg lah isyarat dulu.... Attoiiiii!!!]


Thursday is one of my favourite days because it means weekend here. Not that I can take a rest from kitchen duty (instead, being even more busy than the weekdays). I just love when everybody is at home... (Hehehe...mcm lah anak2 belajar jauh or tinggal kt asrama kan :D).

Well, the part that I love most on weekend is when we can enjoy breakfast together-gether. Eventho most of the time, the breakfast will only turn to be brunch (sebab susah giler nak kejut ahli-ahli yg lain. Gggrrrrr!!!!)

For last thurday's breakfast brunch, this was what we had :

Yeah, Nasik Lemak n Kopi O.
(Notice the tablecloth and cute bowls? Yeah it's new! Hahahaha)

Tapi, alangkah lebih indah, jika bangun pagi dan pergi tapau nasik lemak sambal sotong kat gerai depan rumah kan? Sob sob sob....semuanya hanya kenangan dan angan-angan ohhh...


Then lepas brunch, I tersangat rajin bersemangat waja to baking pulak. Hmmm....actually dah few days dok schedule nk buat super duper special cake nih. Resipi kek ni adalah from my BFF, Firdaus. Setiap kali raya, atau gathering mesti dia buat kek ni utk kami - Arina, Aida, me n Pah (Pah kdg2 je join sbb dia malas balik kg hahaha)

Resepinya as simple as a mix of butter, sugar, eggs and flour. But the special part is the "butter" used. Ermmm... I dont want to mention the butter's brand, sbb takut nanti ada org cakap I dok promote barang tak halal (Sebab ada isu sikit kt Malaysia, pandai-pandailah u all research ek). So if any of you want to try, just find a "pure cream" butter, yg u all tahu statusnye okeh.

Hmmm...yang ni baru siap lapisan vanilla, tapi dah kena ngap sedikit demi sedikit oleh my little chefs. Tak sempat tunggu lapisan coklat siap, dah 1/4 kek hilang.... Mmg sedap kalau guna pure butter nih. The taste is so much fragrant, perfect taste of butter and creamy. Oh, for Jubailians, pure butter nih banyak sangat jual kt Panda, or Hawazen or Sameway :)

[Okeh, takat tu je yg sempat autosaved. Tak larat la nak repeat balik cerita. Insya Allah esok kalau rajin, I updet cerita yg best. Yang ni sempat tayang makanan jek...Thanks for reading, nak tido dah pukul 12.15 pagi...]

Wednesday, July 13, 2011

IT'S MY BIRTHDAY!!!!

Yeppediiyeayyyy!!!! It's my besday!!! It's my besdayyy!!! La la la la ~~~


Ooppppsssssss... mengalahkan Zuzu pulak!

ALHAMDULILLAH.... Syukran Ya Allah.... I've been living for 30 years. 3-0. It's a lot!!!!

Macam tak percaya pun ada. I still feel like I'm living in my teens spirit. Still suka buat lawak bodoh, still suka kacau orang (kacau anak sampai nanges pun okeh..), still melompat meloncat, still suka baca gossip artis... Oh my!!!! Am I really 30 years old???

Hmmm..how should I act to be like 30? Hua hua hua...terover poyo la pulak.... Buat biasa dah la kan...

Anyway, of course I will improve myself from day to day. Actually tak payah tunggu besday. Bila dah sedar kekurangan/kesalahan diri, cepat2lah perbaiki... (mode : insaf seketika sob sob..)

Yes, through all these years memang dah macam2 dugaan yang I tempuhi. Alhamdulillah Allah tetap memberikan I kekuatan walaupun kadangkala problem2 tu semua nampak macam tiada penghujungnya. Only Allah knows I've been through all of that.


Thank you to mak & ayah yg telah melahirkan, dan membesarkan anakmu ini...

Thank you to my husband, Amet for always complaining here n there so that I've to improve a lot :)

Thank you to my precious darlings Zuzu & Yaya for having your arms wrapped around me every morning... (I love it!)

Thank you to all siblings, families and friends to be with me all the time...


I'm still learning, and still trying to be the person I want to be...


Eh, hari besday pun nak tunjuk kuih jugak?

Hehehe.... ni last week punya. Baru nak tayang...Lagipun dah besaq panjang mcm ni tak dapat kek besday dah. Hua hua hua..!

Monday, July 11, 2011

PARAGON

Paragon tu nama sebuah restoran kt Dammam. Bukannya nama kedai berlian. Signboardnya tertulis PARAGON RESTAURANT. Ahhh...cukup, cukup buat lawak kering seperti itu.

Actually I dh lama sangat kepingin nak makan kat restoren paragon nih. Asal nk pi je tak jadi. Tak kena time lah, tak kena jalan lah, mcm2 halangan n rintangan nak bleh sampai sini.

Dah berbulan jugak la I dok peram co-ordinate dlm GPS tuh. Akhirnya pada minggu lepas, sampailah jugak I ke restoren yg terkenal dgn mkn dlm Daun Pisang tu...

Tapi masa kami sampai, daun pisang dh habis... Tapi, makanan dia...I tell u..........Masya Allah.... SEDAP GILA!!!!!

Mmg I dh hampir gila dh hari tu! Hahahahha...sampai dh naik kereta nk blk umah, mulut ni tak habis2 dok cakap sedap, sedap, sedap, smpai Amet pun naik takut kot I terkena rasukan Zombie Daun Pisang ke hapa hahahahaha...

Serius lah, sedap yg teramat sgt I taktau nk cakap apa dah. The best ever food I rasa kat sini. Tak terlawan dgn Tony Roma ke, Applebees ke, Pizza Hut, even Malaysian Kitchen pun!

And harganya??? Sungguh menakjubkan sbb sangat2 murahhh!!! Pheww...klu dekat, mmg dh tiap2 hari kot I gi makan situ.

Firstly, dia serve salad. Tapi telah selamat digodam oleh cik Yaya....
(Salad bodo camni pun sedap!)

Muka sangat girang apabila hajat yg sekian lama akhirnya tercapai...

Haaa....tak sabaq dah...sambil cedok nih, dalam hati siap niat nak tapau!

Tengok periuk nasik beriani dia, comei gila!

Yg kami order ialah kari ikan, ayam goreng, beriani kambing dan nask minyak. Dia punya mint chutney n dadih tu mmg the most superb I pernah jumpa. Hahahah...sekianlah kisah I yg terlalu taksub dgn kedai makan tersebut.

Saturday, July 9, 2011

INSYA ALLAH, PINDAH

Setakat ni, ada satu rumah tu yg kami rasa mcm agak sesuai n memenuhi requirement. Memang tak dapat ground floor, sbb rumah gf ni pantang ada org keluar mesti ada org lain cepat2 masuk. So, agak susah jugak nk dapat. Klu nk jugak, kena tunggu dan tunggu sampai ada org nk keluar, then pre-book dgn org tu. Which is amat malas lah nk tunggu2 nih kan...

Rumah yg kami mcm berkenan ni kt first floor. Naik tangga sikit jek. Yang paling penting, klu ambik rumah ni dapat jimat sampai SR7,000 berbanding rumah sekarang.

Tapi saiznya I rasa dlm 1/2 lebih kecik kot dari rumah skrg. But so far, I rasa just nice for kami 3 beranak. Bukannya ramai pun nk dok dlm rumah tu. Cuma...yg buat I sedih sikit ialah the kitchen size yg very very cute!!! Huwaaa!!! Tapi xpelah, I rasa klu dh terer mcm I ni bg masak kt luar rumah pun tetap sodap hehehhehehe....(ayat memujuk hati sendiri)

As long as ada tempat berteduh, Alhmdulillah..... nak banyak2 songeh sangat pun, ini hanya rumah sewa. Nak duduk sini pun tak berapa lama dah... Kan cik abang???????? *wink wink*

Hehehe oklah, jom lah tengok hasil dari dapur besar I yg akan ditinggalkan tak lama lagi nih...sob sob sob....

Asalnya kuih ni ialah nk buat kuih Tako Jade. Tengok2 tang part santan (putih) tu jadik cair n taknak beku pulak. Maybe sbb pakai santan serbuk kot, so I mcm x dapat agak.... Biasa buat klu kt Malaysia, mmg dh berpuluh-pluh bijik dah menjadi huhuhu... (cover line, pada hal jenuh call mak n kngah nk mintak resepi hahahaha)

So daripada Tako Jade, teng teng teng............................. buat air gula merah, tuang atas tu maka tranform lah jadi Lompat Tikam!!! Hehehehe... boleh la... anak2 yg tak mengerti bahawa ini kuih tak menjadi, makan laju saja....

Haa.... ini keropok lekor ye. Bukan cekodok, bukan donut. Haaa..jgn kutuk I okeh. I malas la nk buat yg gulung panjang2 tu, nanti bila nk makan nk potong jugak, so baik buat kecik2 siap2. Rupa mmg x bleh blah, tp rasa dia mmg rasa kepok lekor okeh. Oh yg ni baru lepas direbus. I prefer yg tak goreng sbb lebih moist.


Haa...see...klu dah goreng, jadik lawa la...oklah tu kan, I bukan org pantai timur, klu dah boleh makan tu kira lulus lah tu. Takde lagi keturunan I yg buat kepok lekor sendiri tau hahahha....

OK lah, till then, nak gi kemas rumah pulak. Bubbye!

Wednesday, July 6, 2011

RUMAH OH RUMAH

Di dalam debu-debu sandstorm ini, kepala I jugak turut berasa berdebu, yakni blur dan pening lalat. Eh, boleh ke debu = pening? I punye suke... :)

Oh, sebenarnya kepeningan I kali ini disebabkan kami sedang berusaha sedaya upaya mencari rumah sewa yg lebih baik.

Lebih baik = Ground floor, tak terlalu banyak bilik, dan MURAH.

Hahaha...mmg bunyi requirement yg sgt mengada-ngada. Tapi ada alasan utk semua itu.

I nak GF sbb skrg rumah I ni tingkat 2 (klu dikira dgn GF sekali, kira tingkat ke-3 lah). Jadi setiap kali membeli stok barang dapur yg sgt banyak, maka memang amat sgt letih untuk dihangkut ke atas (Maklumlah...bukannya jenis boleh singgah kedai runcit Pak Ali tiap2 hari mcm dulu..). Itu belum kira time adik kakak tido lagi, nak kena hangkut depa pulak. Itu belum kira nak bawak baby baru pulak nanti. Sebab tu lah u olls tengok badan I nih slim tiada tandingan. Terima kasih :D (Tapi klu x dapat GF, insya Allah I cuba consider yg 1st floor lah..)

Requirement kedua pulak I taknak byk sgt bilik a.k.a rumah terlalu besar sangat (tapi taknak terlalu kecik jugak - payah!). Sebab rumah sekarang ni ada 2 bijik bilik besar yg langsung tak sentuh tetapi dijadikan tempat mengumpul pasir jek. Membazir betoi.

Dan requirement yg ketiga (sepatutnya ini yg paling utama), mestilah nak yg murah. Rumah di sini sewanya dibayar terus utk 1 tahun (sometime ada tuan rumah yg baik hati sikit boleh bayar 6 bulan sekali). Oh, harga rumah sekarang yg I duduk nih ialah SR29,000 utk setahun. Hmmm... mcm bayar banglo. Sebab tu lah kalau boleh nk cari yg murah sikit, boleh jugak yg lebih tu buat habiskan berjoli katak belanja pi umrah or ziarah :)

Oklah, mari I tayangkan gambar rumah yg kami diami sekarang ni :

Ini ialah toilet bilik besar yang kami langsung tak pernah gunakan. Mmg toilet ni lawa tak hingat!


Ini lah bilik besar gedabak yg kini menjadi tempat menternak debu. Yang bilik belakang tu pun tak guna jugak, ataupun kadang2 buat tempat jemur kain dan stor.

Okeh ini hall yg kami pakai. Sebenarnya rumah ni ada 2 hall - satu utk pompuan, satu utk lelaki. Tapi sapa nk mop kalau bukak hall banyak2? Hehehe...

Ini ialah dapur yg besar lagi luas gila yg teramat sgt. Boleh nk berguling berhindustan berbuat rendang dan kenduri semua boleh. Skrg ni pun meja makan kami letak kt dapur ni jek. (Sory gmbar ni ambik masa I belum masuk so kosong takde apa2)

Laluan dari hall ke bilik-bilik tidur (yg digunakan).

Bilik tidur 1. Kami guna as bilik solat / bilik mainan.

Ada 2 bijik toilet yg ada bathtub mcm ni (yg kami pakai). Total 3 toilets termasuk toilet lawa kt gmbar first tadi.

Bilik tidur 2.

Gambar diambil dari Panda kecik. Mmg teramat sgt dekat. Kiranya kalau Panda buat Sale tu, mmg bleh nampak laa...hehehehe...


Kontrak akan habis dalam bulan Ramadhan ni (aggreement menggunakan tahun hijrah). So siapa yg berminat bolehlah menghubungi saya di EMAIL.

Eh, rumah baru pun belum dapat lagi dh siap iklan? Kang kena duduk dlm kotak baru tau~~

Tuesday, July 5, 2011

RV bukan LV

Menggoda.

Word yg I rasa suitable - for RV, and also LV.

Ya lah, kalau bercakap pasal LV (Louis Vuitton) punya range, mesti ramai yg tergoda kan. Mesti ramai yg verangan nak memilikinya. Tapi, for me I belum lagi pasang angan-angan. Memang dah tahu dan sedar kemampuan diri, jadi tak payahlah nak verangan. Buang masa (ayat feveret I nih).


Okeh, apa pulak si penggoda yang satu lagi - cik RV?

Ooohhhh....yang ni memang betul2 menggoda dan membuatkan I tergoda! Haa...kalau yg ni, nak hari-hari pun boleh dapat! Hahahahaha....

Introducing.....jeng jeng jeng.....

*

*

*

*

*

*

*


the RED VELVET CAKE a.k.a cik RV!!!


Sexy. Flirty.


Scrumptious.


Small red velvet cupcakes for adik & kakak.

Tak sempat nak letak frosting, habis tinggal papercup jek cupcakes nih.. :)

Okay.... I know, I know, I punya RV tu tak lah selawa dan semenggoda mana...Huhuhu...alkisahnya, dapat cream cheese (for frosting) yg tak berapa berkualiti. Double cream pulak warna tak berapa nak putih. Hmm...mmg tak berapa puas hatilah beli ingredients kt sini. And nozle pulak langsung tak bawak. So, camtu jek lah hasilnya....

But despite the comot-ness, the taste of this RV is memang teramat sangat memuaskan. It's totally different from the normal cake. It's the combination of chocolaty (from the cocoa powder) n a little bit tangy (from the vinegar) and fluffy and soft n milky (from the buttermilk). Phewww...susah la nak cerita. You all should give a try!!!

And resepi n cara nk membuatnya pun memang teramat sangat senang, simple n mudah. Memang takde alasan nak buat. Sekali buat jek comfirm jadi. Okeh nak resepi? Tengok SINI (sebab I pun ambik sini hehehe).

By the way, sesapa yg tak jumpa Buttermilk kat kedai, boleh buat sendiri mcm ni :

250ml (1 cawan) susu segar
1 sb lemon juice/cuka/cream of tartar

Okeh. Mesti cuba tau!


Sunday, July 3, 2011

EXPO ARAB

Actually dah lama pi expo ni, adalah dlm 2-3 minggu lepas kot. Disebabkan gambar2 ni semua diambik oleh encik Amet, maka I dh hampir lupa nak masuk sini.

Hmmm...nk kata expo kebudayaan Arab 100% pun mcm tak berapa sesuai, sebab I rasa almost 75% barang2 yg dijual adalah Made in China! I rasa kan, geng Arab ni dh salah tafsir kata-kata "Mencari ilmu biarlah sampai ke negara China" tu..... hmmm dah lah, malas nk elaborate tentang pe'el Arab yg tak berkesudahan bodohnya nih.


Pictures will tell you a thousand words....

Gerai jual handbag n accessories.
Handbag ciplak mcm Padang Besaq tu pun dia bleh juai sampai SR100. Aiyooo~~


Mamat ni siap posing suruh org ambik gambar dia. Dia ingat I nk masukkan dlm Al-Jazeera kot? Oh, by the way he is Indian. Kalau Arab jgn harap laa.... allergic giler dgn kamera!


Suasana expo bahagian "indoor". Ada khemah, ada air-cond.

Haa kedai ni best. Jual mcm2 design "baju kelawar". 3 helai SR100.
Gulp!!! Baju kelawar Malaysia RM15 jek!


Jualan junk food n pelbagai keropok. Tapi kepok lesong takdok eh...


Ni pulak gerai jual segala jenis rempah ratus yg beratus-ratus. Oh kat sini banyak giler orang jual Safron. Ada yg mahal, ada yg murah, mcm2 kategori. Biasa kt Malaysia klu secubit besar 1 sudu teh tu dah dlm RM50 or above right?

Haa...gerai feveret adik n kakak (dan ibu). Hair clips, hair band, segala mcm hair accesories semua ada kt sini. Mmg betul lah org cakap, mak2 n mek2 arab nih suka berhias. Bila tengok depa beli, mcm tak percaya - dekat satu guni!

Ni kat luar/outdoor. Ada jualan abaya (sikit2 jek), ada makanan, ada playland budak2, ada jual pets...

Sekian, pengalaman ke expo arab. Boleh la tahan....