Hai olls!
It has been a week since we return back from a short vacation + event in
Besut, Terengganu.
Actually, kami pi utk
Engagement my brother, Eid. The event was on Sunday, 18.02.18. Sat ja rasa, dah besaq Eid. Dah bertunang, tak lama lagi dah nak kawen...Insya Allah. Tahniah buat Eid & Mek Ya. Semoga berkekalan ke jannah.
Kami bertolak ke Besut dari Jumaat malam, the day on
CNY. Alhamdulillah jalan tak jem langsung. Kami guna LPT. Maybe sebab ramai yg dah balik kampung lebih awal sebab Khamis tu dah start cuti sekolah.
Arrived kat exit KT (Setiu) around 7.30 am. Actually kami ada berhenti tidoq sat di R&R Paka. Amet dah penat sangat, so I continued driving. Sampai di Setiu kami semua dah lapaq, kebetulan nampak satu gerai tepi jalan dan singgah lah brekpes situ. Bila bayaq, wahhhhh terkejut gila. MURAH SANGAT! Hahahahaha. Kami makan Nasik dagang 3 pax, cekodok 2 pax, kuih apa ntah 1 pax, ayaq utk 6 beranak. And it cost only RM13!
Sampai di Besut dalam pukul 9 am camtu. Homestay is ready. Mak & Un (my cousin) dah siap sampai dari Perlis. Kak Ngah, Eid, Najib & Ayah pun dah sampai. Besaq homestay ni. Mmg selesa. Cuma kekurangan sikit dari segi peralatan dapur ja. Tapi memang luas sangat.
Lepas rehat golek2 sat, semua decide nak pi jejalan ke Kota Bharu, Kelantan. Tak jauh pun dari Besut ni. Actually kami dah biasa sangat ulang alik Besut - KB sebelum ni. So bajet boleh sampai less than 1 hour ke sana. Tapi... Hari tu jalan agak jem maybe sbb ramai yg balik kg dan nak jejalan jugak, nak gi makan gulai (org Kelantan punya panggilan utk makan kenduri hehehe). So perjalanan ke KB ambik masa hampir 2 jam utk hari tu huhuhu.
Program hari tu ialah shopping di Pasar Siti Khadijah. Saya mcm biasa tak beli apa pun hehehe. Mmg saya tak berapa minat jenis beli kain pasang bagai nih. Kalau tudung, ok jugak. Tapi hari tu mmg takdak keinginan nak shopping. So, saya bersama geng lelaki pi makan hahahaha. Bab makan saya suka.
Next day, tibalah masa utk Majlis Pertunangan. Kami sampai di rumah Mek Ya around 12.30 pm mcm tu. Semua dah siap sedia tunggu, dan majlis berjalan dengan lancar. Amet merupakan wakil jurucakap hari tu hehehe. So lepas ni, sesiapa yg nak buat majlis apa-apa bolehlah roger dia :P
Selesai Majlis kami balik berkemas barang2 di homestay. Semua pulang ke destinasi masing-masing, kecuali kami sekeluarga yg masih nak tambah bercuti 1 hari lagi di Tanjung Demong Beach Resort. Lokasi resort ni lebih kurang dalam 15km je dari homestay kami tu.
Sampai di TDBR around 4 pm. Pantas gila urusan check-in dia. Saya booking bilik melalui Booking.com
Tapi masa booking tu, tiada caj dikenakan. So datang sini, bagtau nama dan booking dari mana, diorang dah siap sedia.
No deposit requested jugak. Bagus sangat!
Saya masuk je bilik, terus tido dulu. Malam tadi mmg tak nyenyak tido. Anak-anak dah mula bising nak mandi swimming pool. memang itulah pun tujuan utama stay sini. So bila dah redup sikit, dalam kul 5 pm tu keluaq lah ke pool.
Ada sebuah taman permainan yang in a very good condition. ☺️
Bahagian pool kanak-kanak. Biasalah kalau tang ni mesti crowded punya hehehe.
So, jangan tanya dah ya kenapa ibu ni kuruih kedekiang. tengok ja lah cara depa bergantungan dengan ibu. 😓
Ibu & the girls.
Ni kalau boleh nak tidoq teruih 7 hari 7 malam dalam kolam tu....
All of us @ Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.