Saturday, March 26, 2011

DEDEBU SANDSTORM

Tajuk puitis tak hengat...

Hadoi laaa.... habis sakit pinggang belakang nak kena ngemop satu rumah hari nih. (Pada hal belum start pegang mop pun lagi hahahahha...)

Semalam, sebaik sahaja kami pulang dari Khobar, tetiba datang sandstorm yg maha amat dahsyat yang pernah dilihat sejak kami berada di sini. Malah mengikut komen rakan-rakan di Jubail dalam FB juga mengatakan ini lah the worst ever (walaupun ada yg dah duduk sini bertahun-tahun).

For us, mmg betoi2 a narrow escape lah semalam. Juuuusssstttt right after parking kereta dan jejak kaki kt tangga, masa tu lah tetiba.... Zzzzzaaaaaaassssssssssssss...!!!
Kuat giler angin tu rasa mcm nak tunggang terbalik semua benda. I pulak tetiba time tu lah teringat ada kain kat ampaian dgn tingkap terbuka kt bilik jemuran tuh, haa apa lagi terkam pi ambik kain, habis kepala I penuh dgn pasir.

Bila masuk dalam rumah tengok kelabu asap, and blur yg teramat-amat sangat. Debu-debu berterbangan penuh dalam rumah. No exception ruang yg tak dimasuki debu. Masa ni dalam pukul 9.30 pm++ so kami pun decide nak berkurung dalam bilik jek since nak tgok tv pun rasa mcm sangat tak selesa.

Tapi dalam bilik pun mmg dusty yg teramat sangat. Memang pening kepala n blur tak tau nak buat apa. Nafas pun dah mula tak selesa, hidung penuh dgn debu. Yang paling kesian of course lah kat anak-anak. Walaupun depa tak cakap rimas, tapi I paling risau about their health. Me n Amet yg dewasa pun dah pedih hidug n tekak, apa lagi budak2 kecik nih.

Kulit pun mula rasa gatal-gatal. Budak2 tergaru-garu. Ibu budak pun tergaru-garu. Serius jadik takut + blur taktau nak buat apa + risaukan kesihatan + takleh tido. Dalam dok pujuk anak-anak suruh tido, I tak habis2 doa agar ribut ni segera berhenti.

Dalam takut2 tu last2 I pun tak sedar I tertido, and bila bangun tengok ribut dah habis tapi rumah............ Sabar lah banyak2 ye.......


Ini baking tray I yg letak kt atas oven....

So perkakas masak semua nak kena basuh balik lah hari nih. Aiyyaaakkkkkkkkkk.........pengsan!

Ya Allah, dengan kekuasaanMu datangnya ribut ini... Dengan kekuasaanMu juga kami pohon perlindungan ke atas kesihatan kami.. Aminnn....