Monday, February 20, 2012

KARMA

Tiba-tiba di tengah2 kekalutan dan kelam kabut dgn pelbagai dugaan semenjak dua menjak ni, dengan hidayahNya I terfikir satu perkara....


"Kalau kita sentiasa berusaha memudahkan urusan orang lain, urusan kita juga akan menjadi mudah dan cepat diselesaikan"


Asalnya I terbaca kat mana ntah (mesti kena cari link tu balik sbb bagus). Pastu entah mcmana satu hari tefikir teramat sangat benarnya statement tu.

Bila direnung2 balik, mungkin I tak banyak menolong orang selama ni. Mungkin suka buat kerja tak berapa beres? Atau tak ikhlas? Atau banyak sangat mengutuk "orang itu tak pandai, orang ini tak tahu"?

Kata-kata dan bicara pulak maybe banyak yg kesat dan kurang sopan. Bukan kata-kata penawar tapi menyakitkan.

Maybe selama ni I suka "mengulat" dan mengelat? Jadi orang pun buat benda yg sama to me. Mintak cuti, dilambat2kan... mintak berenti, dipostpone2kan..... (Iya, walaupun benda2 tu semua directly kena on Amet, tapi tempias n effectnya still kena on me...)

Atau mungkin ada rasa bongkak, perasan, takbur dengan sedikit lebihan rezeki dari Allah? Mungkin juga tidak banyak bersyukur dan masih kurang mendekatkan diri kepadaNya yg Maha Pemberi Rezeki?

Tapi Alhamdulillah... Semua kejadian ni buat I terfikir untuk muhasabah diri. Banyak benda yg kadang2 kita lupa dalam diam kita sakitkan hati orang, atau menyusahkan orang. Dalam diam. Dalam rahsia. Kita pun hampir tak perasan kalau tak ambik masa untuk muhasabah dan merenung semuanya.

Masya Allah... memang banyak sekali aib & kesilapan diri ...


Terima kasih Ya Allah... masih memberi peluang untuk kami berfikir menggunakan akal anugerahMu.... Semoga kami semua terus mendapat hidayah & petunjukMu... dan janganlah Kau tinggalkan kami menentukan nasib kami sendiri Ya Allah... Amin....