Monday, April 27, 2015

KWSP PADA USIA 60 TAHUN

Ewah-ewah sibuk betul saya nak menulis tentang KWSP ye... Padahal akaun KWSP saya dah lama membeku sbb saya tak bekerja dgn majikan lain pun. Tapi takpalah, sebaga rakyat Malaysia yg sangat perihatin, saya tetap nak bagi pandangan jugak kat sini.



Hmmm.... Pada pandangan saya lah, kalau alasan KWSP tu cakap tak boleh keluar duit simpanan pada usia 55 tahun disebabkan ramai orang pencen yg telah kehabisan wang dalam masa 5 tahun, saya rasa ia hanya merujuk pada sebilangan rakyat sahaja. Bukan semua orang yg dah dapat keluarkan simpanan akan habiskan begitu sahaja. Dan janganlah kerana sebilangan sahaja golongan yg buat mcm tu, habis semua berjuta-juta rakyat Malaysia ni terpaksa menanggung nasib sebegitu...

Dengan keadaan kesihatan kita yg semakin hari semakin terancam dgn faktor2 pencemaran, pemakanan dan stress ni, rasanya average umur pun dh semakin pendek... Ya lah, walaupun ajal maut di tangan Tuhan, tapi hasil penyelidikan kita kena pertimbangkan juga kan. Kalaulah katakan belum masuk 60 dah sampai ajal, kesian la ahli2 KWSP yg dah berpuluh menyimpan.... Bersabar bersabar setiap tahun, akhirnya mata dah pejam, anak2 pulak yg berebut. Nauzubillah.....

Dengan pelbagai pelaburan yang ada zaman sekarang ni, ahli2 boleh laburkan sebahagian wang simanan mereka dgn agen2 yg sah mcm Public Mutual ke...CIMBWA ke..dan mcm2 lagi.. so by umur 55 mereka bukan sahaja akan ada duit simpanan KWSP, malah hasil dari peaburan tersebut juga. Jadi chance untuk "pencen miskin" tu tak banyak mana pun...

Lagipun, pada umur 55 tu lah rasanya kita masih boleh nak merasa pergi berjalan2 dgn keluarga ke, berniaga ke... Kalau dah masuk umur 60 baru nak mula,,rasanya nak melangkah pun dah tak berapa gagah. Itupun kalaulah Allah masih takdirkan kesihatan yg baik utk kita sampai pencen.

Dan untuk keadaan org mcm saya yg dah pencen awal ni, duit simpanan KWSP pun tak sebanyak mana... tak berbaloi rasanya kalau nak tunggu sampai dah bongkok tiga baru nak dapat tengok hasilnya!

Apapun, kalau tengok komen2 ahli di media sosial, rata-rata dan hampir 99.9% komen menyatakan tidak setuju untuk pengeluaran pada usia 60 tahun, dan hampir semuanya bersetuju yg KWSP menghadapi masalah aliran wang tunai. Wallahu'alam....

Sekian, sedikit luahan hati ahli KWSP yang dah lama tak masukkan duitnya.... Hahahaha...