Wednesday, May 6, 2015

KHATAN ANAK PEREMPUAN ~ AMANI ZAHIRAH

Hehehhe... dah memang sah-sah la semua anak-anak saya adalah PEREMPUAN! Hahahhaha..

Yup, tapi sebelum ni tak pernah tulis kot pasal khatan kan baby perempuan ni kan? Padahal ini dah masuk kali ke-4 :)

Well, maybe sebab sebelum ni, urusan mengkhatan semua anak-anak bukan saya yg buat sendiri.. Heheh thats why lah mcm tak pernah ada rasa keinginan nak cerita.

Masa Zuzu dulu, mak saya bawa ke bidan kat kampung. Masa Yaya pulak, mak mertua bawakan ke bidan kat kampung depa pulak. Masa Nana, makcik2 saya iaitu Teh dan Cik Ton yg bawakkan Nana ke klinik di Perlis utk dikhatankan, sebab masa tu saya tengah berpantangkan Nini.

So untuk Nini ni barulah saya & Amet yg bawak sendiri. Itu pun dah terlajak "tua" dah si Nini ni....  Dah masuk umur 1 tahun 6 bulan dah.. Aduhai...saya betul2 terlupa sebab asyik bertangguh dari hari ke hari... Maafkan ibu na sayang..

Mula-mula kami bawa Nini ke Klinik Keluarga kat Bandar Baru Sg. Buloh tu. Kat sana mmg dah tanya sebelum ni, ada perkhidmatan khatan bayi perempuan dgn doktor wanita kat situ. Harga RM40. Tapi bila sampai semalam, org dah penuh padat sgt2 dlm klinik tu. Padahal jam baru je pukul 8.30 pagi. Malas pulak nak tunggu lama2 kang meragam Nini & Nana ni.

So, saya cuba call PMC. Bila tanya, diorang cakap Dr. Ratna yang buat khatan tu. Dan kbetulan doktor mmg tengah ada. Ok, terus kami ke PMC pulak. Alhamdulillah org tak berapa ramai, dapat no.5 .

Nini punyalah happy dalam klinik tu, berjlalan-jalan sana sini, siap dok "yeay-yeay yeay-yeay" masa nak masuk bilik doktor hehehe. Sampai Dr. Ratna pun cakap "Oooo awak yeay-yeay ye...hihi".
So doktor mintak saya bukak pampers dia dan letakkan atas katil. Saya peluk Nini supaya tangan dia tak meronta/menggangu.  Doc letak antiseptik skt dan guna gunting tajam. Tapi saya tak dapat tgok dgn jelas sgt proses tu sbb terlindung tangan nurse.

Alhamdulillah, Nini tak nangis pun... cuma bunyi ekk-ekk sikit je. Lepas dh siap tu dia terus aktif nak tekan2 mesin scanner kat bilik doktor tu pulak..Hehehe.. And lepas khatan tu, doc tak bagi apa2 ubat pun..sama je mcm kat bidan kampung. So dont worry sbb mmg tak luka byk pun, mcm tertoreh pisau kt dapur gitu je... :)

Gambar ni 3 hari sebelum dikhatankan. See...dah besar dah Nini domei-domei ni :)

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang hukum berkhatan bayi perempuan, boleh lah merujuk kepada kenyataan dari Majlis Fatwa Malaysia di SINI (KLIK). 

Untuk maklumat lanjut tetang Khatan bayi perempuan pula, boleh baca dengan lebih detail dari Blog Dr. Zubaidi (KLIK) ini ya...