Tuesday, July 28, 2015

SHOPPING DEKO-DEKO @SSF HOME DECO

Lepas Zohor semalam Nana ajak pegi "soppin". Dia tak nak tido pulak, biasanya tu mmg time tidur dia. Oklah ibu pun lepas solat, terus siap-siap bawak dia pi shopping hehhe...

Destinasi yg dituju ialah SSF Home Deco Mart kt Sri Damansara. Sekangkang kera je jaraknya dari rumah ni. Tapi ni baru kali kedua setelah 5 tahun yg lalu saya ke sana. Hehehe... teruk kan.

Biasanya dulu kalau pergi pun hanya utk beli pewangi rumah dia yg best tu je. Tp hari ni mmg berniat nk cari barang deko sikit. Yang paling utama niat di hati ialah nak cari cermin besar utk letak kat dinding yg kosong mcm rumah tak berpenghuni (kata encik Amet).

Sampai sana, mmg geram sgt tengok high chair dia lawa-lawa sangat!
Geram sbb saya dah pun beli 3 bijik high chair dari IKEA yg so-so saja....


Suka sangat2 dengan deko ala-ala antik & vintage mcm ni. Mmg ada niat nk buat. Tapi kena tunggu semua anak-anak dara kt rumah tu besar dulu... Kalau tidak mmg takde lah nk bersusun gini deko ibu...


Laluan sepanjang tangga dia pun letak mcm2 barang yg mengiurkan.... Hihihi


Nana yg suka sangat dapat shopping walaupun bukan barang2 dia... Tapi lama2 dia bosan jugak tunggu ibu memilih bunga. Seriously duduk dalam kawasan bunga kat sini mmg rasa hilang di alam lain dah!


Cermin mcm lawa jugak. Saya mmg cari yg segi empat panjang mcm ni. Tapi klu boleh nak frame kayu sbb nk matchkan dgn console table kayu jati kt rumah tu. Hmmm... kena survey tempatlain lagi lah. So far saya dh cari few kedai tp masih tak jumpa yg berkenan di hati....

Kat SSF ni banyak jugak cermin deko ni. Mcm2 corak & bentuk ada. 

Haaaa.... akhirnya hasil tangkapan saya dari SSF untuk hari ini, FLOWERS! Hahahaha...puas sangat hati sbb dh lama saya mengidam nk letak bunga dalam rumah. Tapi selalu rasa tak yakin yg Nana & Nini tak angkat sentuh bunga2 ibu tu. Tapi semalam rasa mcm nak cuba beli jugak! Kalau diusik jgk oleh makhluk2 halus tu nanti, terpksalah ibu buat rak tinggi ke macamana pulak. Harap2 semua behave lah hendaknya....

Yg bunga roses kecik2 tu seikat hanya RM5.90 sahaja (dlm gambar ni saya guna 3 ikat). Pasu dia beli kt IKEA dh lama dulu.

Yg bunga roses putih besar tu ada campur hydrangea sikit2, seikat RM29.90, pasu pun saya beli semalam kt SSF harga RM25.90 dan batu-batu tu pun beli kt sana jgk, RM3.90 sepeket (yg ni sy pakai 3 peket).

Selain tu saya beli jugak tray cupcakes yg 3-tier harga hanya RM19.90 sahaja. Oh, dan saya juga dh mendaftar sebagai VIP member SSF. Lepas ni makin kerap la kot ke sana hehehe...

Ok till then, bye!