Friday, August 7, 2015

RESEPI KUAH KACANG IBU MERTUAKU YANG PALING SEDAP!

The truth is, saya tak pernah langsung kot buat kuah kacang. Ke pernah sekali? Ntah tak ingat. Means kuah kacang is something rare in my kitchen hahhahaa.

Walhal, di rumah mak mertua saya, kuah kacang ialah hidangan wajib semasa HAri Raya termasuklah Raya Korban. Even sumtime, MIL akan buat jugak walaupun bukan time raya.

Maka terlihatlah di situ bahawa saya "rajin" sgt menolong MIL masak kt kampung kan. Hehehehe....

Tiba masanya last week, encik Amet request saya buat kuah kacang & nasi himpit. Alamak!!!!
Pecah peluh jantan saya! Hahahaha

Apalagi, dgn tempek muka lawa tak malu, wasapp lah ke MIL, mintak resepinya yg sangat tersedap lazat tak terhingga tu.

Yang bestnya, dgn beraninya kuah kacang ni saya hidangkan pada sedara mara Amet yg kebanyakannya mmg superterer punya buat kuah kacang! Hahahaha...dan setiap kali depa rasa, saya akan tanya "ok dak?" and any suggestion for improvement hehehe... Budak baru belajar kena la merendah diri...tak rugi pun kan...

But Alhamdulillah, most of them like it! Phewwww...(lap peluh jantan).
And my SIL pun cakap its similar to mak punya kuah kacang. Eeeewahhhh...kembang hati cik adik nih tau..

Oklah, kalau nak try rasa sedap kuah kacang ni, boleh lah cuba resepi ni ya. Tapi MIL saya mmg tak bagi sukatan. Dia sebut senarai bahan je. Yang lain pandai2 hang lah agak2, sapa suruh malas tolong mak kat dapuq kan... Hahahha. Ok lets check it out!

RESEPI KUAH KACANG MARVELLOUS IBU MERTUAKU
==============================================

Kacang tanah (goreng dgn sedikit minyak & kisar kering)
Bawang merah ~ dimayang (kena banyak baru sedap)
Lengkuas ~ diketuk
Serai ~ dititik
Cili kering ~ dikisar
Minyak masak ~ utk menumis
Gula pasir 
Gula melaka
Garam
Perisa (saya guna Knorr Pasti Sedap)
Udang kering
Daging / Ayam ~ optional

Cara-caranya :
1. Tumis bawang merah, lengkuas, serai sampai naik bau.
2. MAsukkan cili kisar. Masukkan udang kering. Jika suka boleh masukkan daging / ayam.  Tumis sampai masak & naik minyak.
3. Masukkan kacang tanah yg telah dikisar. Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak kuah tidak terlalu likat atau terlalu cair.
4. Biarkan hingga mendidih dan mendapat kepekatan yg diingini. Masukkan perisa, gula & garam. 

***Pesan Mak : Gula pasir & gula melaka elok kalau letak lebih sikit daripada kita gunakan semasa buat sambal tumis biasa, sebab kuah kacang ni sedap jika agak kemanis-manisan.



Okay, itulah resepi kuah kacang yg tersedap di abad ini :) Simple je kan. Selamat Mencuba...