Tuesday, August 9, 2016

JALAN-JALAN MELAKA : BAYOU LAGOON PARK RESORT

Hari Sabtu lepas, 6 Ogos 2016 tetiba saja kami "ter"pergi bercuti ke Melaka. Hehehe. Boleh ter ter pulak ye. Alkisahnya, mak & ayah mertua saya datang ke K, dan nak ke Muar utk reunion geng2 maktab dulu.

Ayah nak bermalam di Muar dgn kawan-kawan dia, tapi mak pulak nk jumpa geng kt Melaka. Jadi, utk memudahkan urusan kami decided utk pergi ambik mak kt Muar dan bawak ke Melaka. Kebetulan, kawan mak tu dh booking kan hotel utk mak di Bayou Lagoon Park Resort ni. So kami pun cari bilik tempat yg sama lah.

Alhamdulillah, dapat booking, sebab last minute takut jgk bilik dah penuh. Booking hr Jumaat, Sabtu dh nak masuk hehehe.

Hari Sabtu tu pulak Amet terpaksa pergi ofis. Dalam pukul 12.30 mcm tu baru dia whatsapp kata kerja baru siap. So saya pergi ambik dia kt ofis dan kami terus mulakan perjalanan... Zuzu & Yaya dah ikut maktok awal2 lagi. So masa ibu & ayah on da way depa dh sibuk dok call kenapa lambat kenapa lambat (tak sabar2 nak mandi kolam la tu..)

Alhamdulillah dalm pukul 6 ptg tu kami siap check-in. Alhamdulillah bilik sebelah2 je dgn mak. Kena lah pulak bilik kami ni menghadap theme park. aduhai.... masing2 dah takleh sabar nak turun mandi! Dah siap solat semua, turun la bawah... rupa-rupanya kolam theme park tu tutup pukul 7 malam. Masa tu dh 6.30 ptg, so guard2 kat situ dah tak bagi kami masuk. Huhuhu.... dh la menapak jauh...sabar la jgk kan.

Tapiiiiii.... ada org dh meraung-raung nak masuk kolam jugak!!!!! Hahahaaha siapa lg kalau bukan cik Nana kita... hadoi lahhh...jenuh jgk memujuk kt situ (ibu jalan buat kering je tinggal dia kt situ, tak kuasa nak layan. Ayah lah yg tkg pujuk hehehe...)

Haaa meh review sikit hotel ni. Dia style apartment gitu. So mmg luas. Kalau utk kami sekeluarga mmg elok dah. Tapi hari tu Zuzu & Yaya tido dgn maktok. So puas la Nana & Nini berlari-lari dalam tu... :)

Mintak king bed tp tak dapat dh habis kot. So standard 2 single bed.

Depan pintu masuk ada kaunter bar, sebelah ada pantry kecik. Lengkap jug kettle, iron board, iron, hair dryer, water heater semua ada.

Ada almari baju sebelah katil. Tingkap ke toilet boleh bukak. Teringat mcm style Hard Rock hotel Penang.

Ruang yg luas utk solat kt depan meja solek tu. Siap lengkap dgn petunjuk arah kiblat dan ready sejadah dalam almari. Tak payah nak request2 dah.

Ada sofa depan ruang menonton tv. Kalau bawak Toto, anak2 boleh baring kt bawah tu. Kalau ada 8 anak pun boleh muat ni. Hehehe...

Keesokan harinya, masing2 bangun awal gila. Pukul 7 dh siap nak turun breakfast. Sbb semua dah baca theme park bukak pukul 8 pagi hahhaa.

Haaaa...apa lagi..dh jumpa air ni masing2 lepas gian. Lama jgk dh tak bawak depa swimming.

Best jugak theme park dia. Kebanyakan slide tak terlalu tinggi. Sedang2 saja. Jadi anak2 boleh naik sendiri. Tapi ibu & ayah pun pulun jugak naik. Gila tak naik dah ada depan mata hahahaha

 
Zuzu in action.

Malam tu kami gi makan kat Restoran (alamak! lupa nama la pulak! its either Qisreena or Qasreena jkalau tak silap.) milik abg kepada kawan mak tu. So makan free la kita...yeayyyyy!!!! Best kedai ni deko konsep ala-ala English. Makanan pun sedap2 semuanya. Saya order nasik goreng special dia...penuh menimbun sepinggan! Siap kena tapau bwk balik. Ada hidangan Western jugak. Ada mcm soto, mee rebus dan lain2.

Ni kt lobi hotel. Posing sebelum keluar makan.
Kami check out dlm pukul 12.30 tgh hari. Niat di hati nak makan kt Asam Pedas Pak Man a.k.a Perhentian Kuih Kampung yg glamer tu.... tapi takde rezeki sbb org tgh ramai gila time tu. Tunggu tempat tak dapat2. Yang dapat hanyalah bergambar dgn Papa Rock Ramli Sarip ni haa....hahaha.
Pastu gerak semula gi makan kt kedai biasa je.

Sekian sahaja kisah jalan2 kalli ni. Hopefully dpt sambung kisah bercuti Sarawak yg hanya tinggal 1 episod je lagi tu hihiihi.