Thursday, December 1, 2016

BACKPACKING TRIP - PULAU TIOMAN

Salam Oktober November semua!


Hahahaha... so i am back again! Oh my, since FB wujud ni kan, I think it has took over my chances to write here lah. Jahat la FB ni... sebab dia, blog kesayanganku ini telah terabai sob3.

Okeh, tak payah nak melalut. Meh saya start cerita trip saya ke pulau Tioman awal Oktober hari tu. OK, perbincangan acah-acah saya nak travel "single" dengan kawan2 ni mcm dah agak lama. Tapi biasa lah, hati keibuan ni susah sikit nak tinggal anak2. So dok acah-acah situ  ja lah hehehe.

Sampailah masa balik Raya Haji tu, Amet bagi tau dia nak pi Bangkok dengan geng lelaki. So kalau saya nak pi mana2 silakanlah - great offer! Hahahaha.

Lepas balik Raya saya whatsapp Pah my BFF since school. Pah, Jom pi Tioman. Jommm!!! Kebetulan masa tu Pah tengah bercuti sebulan sambil tunggu kerja baru. So mmg sesuwai sangat.
Dalam masa tak sampai seminggu planning thru whatsapp saja, kami berjaya booking pakej hotel, beli tiket bas dan sebagainya hahahaa.

Tibalah harinya 2/10/16. Saya ambik Komuter Sg. Buloh - TBS. Pah ambik ETS Putrajaya - TBS. Kami jumpa di sana. Maka berangkatlah naik bas dari TBS (Terminal Bas Selatan, Bandar Salak Selatan) ke Mersing, Johor pukul 11.30 malam. Amet & anak2 hantar saya sampai komuter Sg. Buloh saja. Dan bermula detik itu saya akan berpisah dgn anak2 selama 3 hari 3 malam! Ohhhhh.... antara seronok & eksaited, saya tetap rindu & berbelah bahagi jugak nak tinggalkan depa.... :(

Perjalanan bas ialah 5 jam ++. So kami sampai lebih kurang pukul 5 pagi kat Stesen bas Mersing. Agak seram sebab tak ramai orang. Ada geng mat saleh yg naik bas sekali. Satu group geng Philipine. Mula2 kami lepas ja kt kerusi situ. Tetiba ada sorang budak lelaki ni mai mana ntah dok mai tanya2 macam2 benda. Kami dh mula rimas + takut. Nampak geng Philipine tu berjalan kami pun ikut. Rupa2nya depa nk pi rehat dulu kt hotel sebelah tu. Hahaha. So dalam gelap2 tu kami gagahkan jugak berjalan tanpa tau ke mana arah tuju. Niat di hati tu nak pi Jeti tapi taktau kat mana???

Tiba2 dapat idea pi tanya receptionist hotel tu mcmna nak ke jeti. Oh senang ja... Tapi jauh gila hoi berjalan kaki dgn beg berat ni!

Alhamdulillah.... dah hampir Subuh kami berjaya jugak mengheret kaki sampai ke Jeti Mersing. Syiok tak terkata hahahahaha.

Lepas solat Subuh di surau jeti tu kami gi breakfast. Ada kedai2 makan berderet kat sebelah tu tapi harganya mak aiiiii.... mahai gila! Kami makan nasik goreng n bihun kena caj RM7 sepinggan!


Tak lama lepas tu, agen yg kami ambik pakej tu sampai dan serahkan semua tiket2, voucher2 dan sebagainya. Ok ni harga pakej yg kami ambik. Complete makan minum tiket fery snorkeling set semua dah. Kalau bawak 50 sen dalam poket pun cukup dah hahahaha. 


Ok, part nak tunggu fery ni mmg kena banyak bersabar. Sebab... kami terpaksa tunggu dari jam 6 pagi sampai 10.30 pagi hokayyy... 

Ohh, lupa pulak nak habaq. Rupa2nya duit 50 sen tak cukup hahahaha. Sebab masa kat jeti ni, uols kena wajb beli CUKAI a.k.a TAXES utk Marine Park dgn apa benda cukai Johor ntah for RM5 each. So sorang kena bayar RM10 lah. Huhuhu... Ada 2 tax ni baru diorang kasi naik fery.


Inilah cukai-cukai yg dah dibeli....

Dipendekkan cerita, lepas naik fery selama lebih kurang 1 jam 30 minit maka sampailah kami ke pulau impian.....

Alhamdulillah... tak terungkap dengan kata-kata sebaik kaki jejak ke pulau Tioman ni. Cantik sangatsangatsangat!

Terus nampak signboard hotel kami ni dari jeti.


 Pemandangan dari lobi resort. Resort ni ala-ala rumah kampung gitu... so mmg rasa rilekkk ja... staf2 dia pun memang mesra rakyat teramat sangat. Best!



 Lobi & cafe kami. Luas dan selesa. Aman damai tenang peaceful. Haaa....

Sampai2 ja kami terus dihidangkan dengan makan tengah hari. Makan depan pantai ni laju ja...

Lepas lunch, kami naik bilik. Ok, "rumah" kami terletak kat atas tanah tinggi so kena mendaki sikitlah. Penat jugak untuk makcik2 yg jarang eksesais ni hahahaha.

Ok, bilik kami adalah sangat2 basic. Which means NO tv, NO wifi, NO aircond. Tapi takde aircond tu no problem sbb mmg sejuk kat sini.

Lepas rehat sat, petang tu kami keluar jalan2 dan beli makanan ringan sikit2.


Antara hotel2 lain yg ada berketana dgn hotel kami.

Ada sebuah makam kat sini.

Pastu jalan-jalan lagi sepanjang kampung tu sampai ke hujung sekali ada kawasan pantai yang sangat2 jernih airnya.... cuma time ni air tengah surut kalau tak... memang dah terjun!


Aiseh dah upload tak leh pusing. Biaq lah heheheh

Pah enjoying the moment.... So peaceful...




Kat jeti ni lama kami dok termenung kat sini hahahhaha. Sebab..... air dia Subhanalllah... taktau lah nak cakap macamana...memeang mengasyikkan sungguh! Nampak ikan2 berkejaran. Berenang. Menari. Rasa macam terpukau! Seriusly kalau tak kerana hari nak malam mmg melekat terus lah kat situ.

 Okeh, malam pertama kat sini kami dihidangkan dgn BBQ dinner. Yeaayyy!!! 
(Terliur pulak tengok gambar ni).

Fresh seafoods.... ayam pun sodap... mmg bestlah!

DAY 2

Pagi-pagi selepas Subuh kami dah bersiap sedia dengan pakaian nak ke..... apalagi... SNORKELING laa!!! Yeayyyyyy!!!!

Inilah aktiviti yg sangat ditungu-tunggu. Breakfast pun heavy pagi ni sebab nak bagi cukup tenaga ceewahhh! Aktiviti snorkeling ni dijangka bermula jam 9 pagi - 2 ptg tau! Haaa best best best!








Huhuhu.... gambar2 snorkeling semua dalam handphone yg dah pecah tu... sedihnyaaa....

terbayang2 gambar kami berdua dalam air jernih bersama ikan2 mengelilingi kami... :(

Kalau tak silap ada 3 spot yang diorang bawak kami snorkeling. Nama spot mmg dah tak ingat hahaha. Sebab terlalu asyiiikkk sangat tau tengok hidupan laut yang berwarna-warni dan manja2 tu..

Kalau boleh macam taknak keluar dah dari laut tu. Nak tinggal terus dalam tu, nak jadi ikan duyunng hahahaha.

Oklah, sampai masanya kami pun dibwa pulang... sampai saja kat hotel nasik lunch dah pun siap disediakan. maka dgn baju basah lencun tu jugak kami melahap. lapaq tahap nak pitam dh hoih! hahaha

Petang tu kami jalan2 dan amndi pantai dekat2 hotel tu pulak. Lama dok berendam dalam air jernih tu sebab esoknya dah nak balik sob3...





Malam tu sekali lagi dinner sama2 dengan geng2 yg ada kat hotel kami tu. Dah mcm family pulak dengan depa sebab tak ramai so jadik rapat. sembang2 gelak2 semua have fun for the very last dinner kat situ huhuhu

Esoknya feri jemput kami dalam pukul 9.00 pagi.... naik sampai Mersing, ambik teksi RM5 ke perhentian bas sebab dah tak larat nak jalan kaki hehehe. Naik bas dalam pukul 2 petang dan sampai KL dalam pukul 8.30 malam sebab jem...

Tu je lah nak cerita. Sebab dah malas nak naip sebab nak masak nasik utk anak2 pulak. Hehehe

Ya Allah syiok gila la trip ni. Pah, jom next : Pulau Perhentian na....