Tuesday, April 9, 2019

BERSIAP

Saat ini ibu sedang mempersiapkan diri.

Keputusan Ujian Pertengahan Semester kakak masih kurang memberansangkan.

Terus terang ibu agak kecewa.

Dengan usaha bertungkus lumus pergi tuisyen, kelas tambahan, dan sebagainya, tidak banyak yang dapat kakak ubah berbanding keputusan Ujian Diagnostik pada bulan Februari yang lalu.

Ibu kecewa apabila kebanyakan kesalahan kakak masih "silly mistake" dan "careless mistake".

Ibu rasa macam sudah habis daya. Nasihat, tazkirah, leter, kata-kata, apa lagi. Semuanya ibu ingatkan agar kakak HATI-HATI.

Ibu hanya tinggal doa dan tawakkal memohon pada yang Maha Berkuasa.

Apa tujuan ibu mahukan sangat kakak berjaya? Mahu tunjuk lagak? Mahu tunjuk satu dunia kita hebat? Mahu orang sanjung lambung sampai gunung?

TUJUAN ibu mahu kakak berjaya ialah supaya kakak akan berasa lebih semangat lagi untuk mencari ilmu yang lebih banyak lagi dan lagi tanpa henti.

Kadangkala, kegagalan itu bisa buat kita kecewa. Boleh buat kita menyerah kalah.

Sebab itu, ibu mahu sangat kakak berjaya. Supaya kejayaan ini jadi loncatan semangat utk belajar lagi dan lagi.

Bukan kerana sekeping kertas bernama sijil. Bukan semata mengejar nama dan pangkat. Biarpun kita bertugas di ceruk dapur, mencuci tandas dan lantai, ILMU harus tinggi.

Maka, ibu perlu bersiap sedia. Doa doa doa sehabis daya. Selebihnya, Redha.